Demi Menggapai Ridha-Mu

jin pecinta

0 7

PENYAKIT JIN PENCINTA + MIMPI BASAH DENGAN JIN

Sebab-sebab Mimpi Basah

1️⃣. Lebihan lendir ( sekresi ) dalam badan. ( mimpi basah biasa )

2️⃣. Disebabkan oleh haditsun nafs ( bisikan hati ). ( Mimpi basah biasa )

3️⃣. Panas bahagia daerah belakang/ tidur dalam posisi jima’. ( Mimpi basah biasa )

4️⃣. Disebabkan oleh jin kerana lalai daripada pembentengan diri. ( Mimpi basah kerana jin pencinta ) ;

Terdapat 2 bahagian :

  1. Mimpi melakukan hubungan seksual yg hanya berkisar kepada pendahuluan jima’ ( bercium, berpelukan, bersentuhan dan saling membelai ) tidak sama sekali terjadi jima’.
    Orang mimpi sebegini dalam keadaan tidur nyenyak. Dan terjadi disebabkan tidak berzikir sebelum tidur.
    Air mani akan keluar.
  2. Mimpi hubungan seksual dilakukan secara sempurna. Dari pendahuluan sampai akhir jima’.
    Orang mimpi sebegini adalah dalam keadaan sedar dan tidur.

Maka orang tersebut akan merasa 3 keadaan ;
🔸 Jin menjelma dalam bentuk lelaki/perempuan dan melakukan hubungan seksual dengan jin tersebut, manusia dalam keadaan terjaga. ( Jarang berlaku )
🔸Hubungan seksual benar-benar terjadi dengan cara yang jelas, alami dan kuat tetapi manusia tidak melihat jinnya hanya merasa seolah-olah disetubuhi. Biasanya berlaku pada waktu terjaga, Mirip seperti diperkosa. ( Jarang Berlaku )
🔸Hubungan seksual benar-benar terjadi dengan seseorang yang mungkin dikenali/orang yang tidak pernah lihat dalam keadaan tidur dan terjaga. ( Banyak yg terjadi cara ini )

Perbezaan Antara Mimpi Basah Biasa (MB) dan Mimpi Basah dengan Jin Pencinta

🔹 Apa yg dilihat oleh orang yang tidur.
~ MB Biasa : Hanya melibatkan pendahuluan jima’ dan tidak berlaku jima’
~ MB Jin Pencinta : Terjadinya jima’ daripada pendahuluan sampai akhir jima’

🔹 Tingkat tidur nyenyaknya.
~ MB Biasa : Tidur nyenyak
~ MB Jin Pencinta : Tidur ringan, sedar dan rasa apa yg terjadi dan ikut serta dalam jima’. Jarang berlaku waktu terjaga

🔹 Terjadinya berulang-ulang
~ MB Biasa : Berulang tetapi dalam jangka waktu yg lama ( cth : sebulan sekali )
~ MB Jin Pencinta : Berulang dalam waktu berdekatan. Boleh terjadi setiap hari / lebih satu kali dalam sehari / pada hari-hari tertentu dalam seminggu.

🔹 Pasangan dalam mimpi basah
~ MB Biasa : Orang yg dimimpikan berbeza-beza dan berubah-ubah.
~ MB Jin Pencinta : Bermimpi hubungan intim bersama ;
a) Pasangannya yang tidak kenal, tidak pernah lihat
b) Pasangannya orang yang dikenali dan disayangi
c) Pasangannya orang yg dibenci. Mimpi diperkosa
d) Pasangannya salah satu mahramnya. ( Cth anak, kakak, bapa, dll )
e) Homoseksual ( LGBT )
f) Mimpi berkhianat. Mimpi suami mengkhianatinya dengan wanita lain / mimpi suami berhubungan intim didepannya / mimpi suami telanjang ditengah sekolompok wanita dan sebaliknya.
g) Bermimpi melakukan onani

🔹 Gangguan jasmani ( fizikal)
~ MB Biasa : Sesak didada setelah bangun dari tidur dan dirasakan sekejap sahaja.
~ MB Jin Pencinta : Merasa jiwanya tenang dan senang kerana sudah menyalurkan syahwat dan mendapatkan kenikmatan. Jika perempuan akan merasa kesakitan di daerah rahim dan sakit pada tulang belakang bahagian bawah.

🔹 Sebab mimpi basah
~ MB Biasa : disebabkan lebihan lendir dalam badan / mimpi haditsun nafs ( bisikan hati ) / panas bahagian belakang
~ MB Jin Pencinta : ada sebab-sebab tertentu.

SEBAB-SEBAB JIN MENCINTAI MANUSIA

1️⃣ Mengangumi bentuk fizikal dan penampilan

2️⃣ Kosong dari zikir

3️⃣ Sihir

Inshaa Allah saya akan sambung perbahasannya pada hari yang mendatang.

RUJUKAN KITAB :

الاحتلام آثام والٓام وأحكام (1

2) AL-IHTILAM

🌹Disediakan Oleh :

Ustaz Ahmad Salihin Zamri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + = 25

Translate »